Sunday, April 26, 2009

Cinta Kontrak


Kira-kira enam tahun lepas, aku berkenalan dengan sorg mamat ni..perkenalan hasil blind date, zaman aku lepas2 SPM dulu. Yer la, org kata, zaman baru nk naik, aku pun agak 'terejal', dgn aktiviti sosial aku besama kwn baik aku..hari2 'merempit' nek skuter kami..
selain itu, aku juga gemar berchatting. chatting semata2 nk cr bf. hari2 tdo lmbt, aku lyn chat kt 'kampung' yg mmg glemer satu ketika dulu.

x boleh nk ingt dh berapa lelaki aku wt blind date..Maka, diana & mel (kwn baik ketika itu) adalah org yg paling setia jd peneman setiap kali aku wt blind date. bila jumpa yg ensem, ada kete, ada duit, kami pun boleh la jadikan meka 2 kwn @ kuda...utk kesenangan kami..hehe

tp berbeza ngn sorg mamat ni..dia guna nick name slack kids..lepas beberapa kali chat, seterusnya tukar nofon, n buat blind date...bila jupe, kami set nk jumpa kt dataran tangkak..dia bitau pakai kete ape, n dia ngn sorg kwn..aku lek nek skuter ngn dyana..

smpai masa n tempat dijanjikan, aku tgk, kete dia dh tggu, kt tepi dataran..hehehe nebesss gakk.. bila jumpa, orgnya biasa je..bg aku x menarik mana pun..tp aku mmg suka nk kwn ngn dia..x tau nape..

Pastu, dalam sedikit jangkamasa, kami pun makin mengenal antara 1 ngn lain..aku tau dia x bpe suka pun aku,aku pun xda la suka sgt pada dia..byk lagi lelaki lain yg aku jpe, yg lbh menepati selera dan kriteria yg aku ttpkan..tpnya ntah aku nk gak kt dia ni..

maka, kami pun declaire sbg bf n gf.. kami buat kontrak, 3 bulan..lau hbgn ni ok. di teruskan la., tp if not, its over..tp selepas 3 bulan, kami smbung, kontrak..dan kntrak itu berterusan sehingga berkali2 ianya disambung...

Alhamdulillah, dh mmg disuratkan dialah jodoh..x kira la kontrak ke, ape ke..yg pnting, jodoh itu Allah yg tentukan..aku bersyukur sbb dpt knl dia awl..
dan itulah kisah cinta kami dulu..segan sgt bila berbual n kenang semula kisah awal becinta dulu,.n kami msti saling mengejek n mentertawakan diri masing2..hahahah

Tuesday, April 14, 2009

Sweet Honeymoon @ Langkawi

pemandangan cantik kawasan Paya

Love of Us

Pantai Tanjung Rhu



Baru smpai, kt Makam Mahsuri





Syukur, segalanya telah selamat.

Majlis resepsi pihak perempuan dan lelaki dh pun selamat. Kami telahpun melayari alam rumah tangga sebagai pasangan suami isteri, dalam tempoh dua minggu. Terlalu awal usia perkahwinan kami.
Lega rasanya, walaupun agak letih dengan majlis dan mengemas semula selepas tamat majlis,apa lagi dengan aktiviti menyental periuk, yg sememangnya menjadi tradisi pengantin selepas tamat majlis.
aku rasa sangat bahagia n seolah2 hidup aku dh lengkap. Walaupun masih masih letih, kami terikat dengan jadual yang telah diaturkan sebelum majlis, iaiu aku dan hubby dijadualkan terbang ke Langkawi untuk honeymoon yang ditaja oleh seseorang selama tiga hari dua malam 7-9 April 2009.
Syiokk sgt habiskan masa besama. Even kami mmg dh slalu dating, tp kelainan yang amat sgt dirasakan bila pg jalan2 berdua, dengan inai yang masih merah di jari, Sume org tau kami baru je kawen!!huhu
Sampai langkawi dlm kul 12tgh hari, kami sewa kete, than merayap kenal kawasan yg baru 1st time g tu..than bila sampai hotel n check in, seronok lak sbb dpt bilik executive suite 4 honeymoon. Thanks 2 Datuk Marsum cz taja percutian kami ni...:)
Semua tempat menarik dan x manarik kt Langkawi kami pg..redah je..than smpt la pose2 sket sbg kenangan... Cuma coklat sebagai buah tangan tuk kwn2 n famili...
jadik la..kan..






Saat2 dinikahi....


Woah...mmg berdebar2 saat menanti detik suamiku melafazkan akad ketika majlis pernikahan. Majlis berlangsung di Masjid Jamek Tangkak kira2 jam 5 petang tanggal 28 Mac 2009...Dengan berwalikan bapa tersayang, dan dua orang saksi segalanya OK!. Terima kasih kpd semua yang terlibat menjayakan majlis ni..love u all..


Aku pakai baju kurung moden warna biru awan..dengan bertudung litup..membawa bersama ahli keluarga tersayang dan 11 dulang hantaran. Masuk masjid dan duduk penuh sopan di hadapan pak imam..aku duk atas bantal putih, tunduk.


Bila imam tanya setuju x dinikahkan?aku cepat2 jwb.. setuju!!hahaha..aku tengok bakal suami ketika itu pucat gile muka dia..hoho..aku lak, kontrol2 sopan, dalam hati, nebess beb..


Dan segalanya berjalan lancar, imam xbanyak soal, mengetuai majlis pernikahan tu. Dengan sekali lafaz (laju gle laki aku lafaz akad) Siti Azielah Wahi kini sah bergelar isteri kepada Mohd Safuan Abd Rahman. Dan mulai detik tu, terpikul la tanggungjawab dan tugas baru utk aku selaku isteri, dan aku berikrar tuk jadi yang terbaik untuknya selepas kami malayari alam bercinta lebih kurang 6 tahun!!