Thursday, June 25, 2009

Petua Mendapat Jodoh


Seronok bila difikirkan. Seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budipekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Wednesday, June 24, 2009

BALek kamPunG =)

Malam kelmarin, lepas dapat panggilan fon dari mak kt kampung, x semena2 aku ajak husband aku tuk balik kampung. Memang xda plan lansung pun nk blik, tp lepas mak call, mak cerita tentang menu yang dimasak, n karenah fika n kila, aku rasa hatiku rasa melonjak2 nk balik kg..Masa tu husbandtgh syok layan forum internet ngn membe2 dia, ndh plan beberapa aktiviti esok. tetibe, aku mention tuk blk kg..dan dia faham benar, once aku mention ttg sesuatu, i really mean it....hehehdia pun x ckp, tidak, dia terpaksa ckp, 'okkay, ma p pack baju.. ' aku? senyum lebor ler...hihihi. sory syg..pancung ur plan.. i know u love me more..huhu

sebenarnya byk faktor yg sebabkan aku nk balik. biar aku senaraikan. pertama, sbb nk mkn laksa penang. laksa penang mak memang terkenal, pekat dan sangat lazat. mak penah masuk pertandingan masak laksa, n dia dpt no 1..huhu..yang ke2, hantar baju2 raya untuk dijahit. yek la, kan raya pun x berapa lama lagi. lau tempah lmbt, t org dh x amik ag..
ke3, sbb rindu pulak kt keletah dua org budak kecik yang mak aku jaga. mak jd baby sitter part time. jaga anak nurse namanya fika, 4 thn & kila, 2 thn. mmg chomel sgt2 budaknya.perangai pun chomel..dan alasan tersebut diterima baik oleh suamiku untuk ikut blk.
kalau balik kampung, suami aku mmg suka sgt layankan karenah dua beradik tu. si kakak bijak bercakap, n adiknya pulak, suka buat muka cute, muka slumber, dan mulutnya asyik bercakap tp xda sape tau apa yg dia ckpkn..
of couse la aku blk kali ni juga sbb nk jenguk mak, papa, ayu n adik yg tggl kt umah tu..sayang mereka semua.
Dan..1 lagi sebabnya..nk makan buah2an tempatan (durian, rambutan,manggis) namun bl smpai kt kampung, yg ada cuma durian. itu pun aku beli kt tepi jalan depan rumah. jadik la.sedap gak durian 2 . byk gak aku mkn.bisa buat satu rumah berbau doroian..

aku bertolak frm umah kami kul 11mlm, n sampai tangkak kul 12.30 malam. esoknya, kul 11 malam bertolak pula dr kampung, sbb ada lawatan kt Alam Flora 9 pagi esoknya..



Monday, June 22, 2009

HAri JAdi

kek ni sume tuk mereka yang celebrate birthday..

HURM..BULAN Mei (5 ) ni mmg dipenuhi dengan hari2 jadi keluarga aku..kering la nampaknye bulan ni.. Mana tak nya..dari awal bulan, sampai hujung bulan, tiap minggu ada jek hari jadik ahli keluargaku. Antaranya

* Ayu (adik ke 2) 6 Mei ni hari jadik ke 17
*Along( Kakak) 10 Mei hari jadik ke 25
* Papa (bapa) 12 Mei hari jadik ke 51
* Uda (adik no 1)13 Mei hai jadik ke 21
*Mak sambut hari ibu pada bulan ni 11 Mei rasanya..

Hah, tue belum termasuk birthday kwn2 lain.. hari guru, hari pekerja, dan majlis org khwin..
Ape pun kepada semua yang sambut hari lahir, aku ucapkan Selamat Hari Lahir..Istimewa tuk familiku..hadiah angah dh belikan..walaupun ianya x seberapa..ikhlas nih..hihi
Dan kepada smeua yg sambut birthday, selamat hari jadi juga..yg berkahwin, Selamat pengantin Baru..kepada guru, selamat Hari guru..kepada pekerja..Selamat Hari Pekerja! Banyaknya selamat..semoga selamat semuanya..


I LOVE YOU GUYS!! mmmuuaaahhhhhh......



Zila punya kerja

SHUtt upp!!


Aduiihhh benggkakkk betul jantung aku ni..bengang ngn perangai jiran yg pentingkan diri sendiri!!dAMN!!
Dia ingat sound sYstem dia dh bgus sgt?memekak, smpai nk gugur jantung aku nih. X elok la wt cm ni.mengganggu jiran2.org nak rehat2 petang2 ni, bleh lak dia memekak ntah lagu ape pun x dgr, mcm dlm disco lak.. Yg dgr bunyik speaker berdebak debuk tuh jek!! Dh la dh dekat nk maghrib ni..
Semalam bunyik org karoke..dh la sore pecah kaca pecah gelas!bernanah telinge mendegarnya..tolong la jirannnn!! HentikANN!!!!!!
Moralnya, Belajarla hormati org lain kalau nk diri kita di hormati. jgn la kita lakukan benda sesuka hati..ingt org sekeliling..nak runtuh rumah ni. tau la ko x mintak duit aku bli speaker tu..tp ko tu dh ganggu ketenteraman awam..boleh di dakwa! Nk ke aku tulis kt paper?heh

Aku Yg BAru



Inilah wajah barukubila sebut wajah baru..bukan maknanya aku suntik botox ke, vitamin c, ke dan sebagainya..cumanya, aku tutupkan bahagian rambutku, yg sememngnya dituntut agama kita..
Dh lama benar niat nk pakai tudung ni, baru la terbuka..dh masuk sebulan lebih aku dengan imej baruku ni.. Since masuk U lg.. masa semester 1, 2 dan 3, aku ni asyik la minta tangguh tiap kali bf aku mencadangkan utk aku kai tudung. Aku ckp, nanti sem4..pastu bila sem 4, aku kata, abis blaja, pastu abis blaja, aku kata taun depan..tp x jadik2 niat tu..huhu
Aku bukan ape, di sebabkan bentuk muka aku yg bujur ni, makanya aku bimbang muka aku jd cm telur bila pakai tudung..
Satu masa yg tepat, masa aku g kusus ESQ, tetibe terbukak la hati nak pakai..lagipun aku ni dh kwen. Dh jd bini org, maka baik la kiranya jika aku bertudung..kata or, semua milik kita, adalah hak Allah, tapi org yang berhak Cuma suami je..
Aku rasa lega bila pergi kerja, aku x janggal lagi.lebih baik bertudung ni, xda la rasa kekok bila berdepan ngn komuniti kt sini, yg lebih ramai bertudung daripada tidak..