Saturday, July 18, 2009

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama


(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum). Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap.
Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga.
Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

* sumber: mengandung.com


Thursday, July 16, 2009

PuTiH YanG KeLABu


"dulu..aku sangat gebu..
kulitku memutih seperti salji..aku di pamer disebuah pusat membeli belah..
setelah beberapa minggu dipamerkan, tiba2 dtg la satu pasangan membelekku sambil tersenyum..pasangan itu tidak mengendahkan beberapa rakan2 ku yg turut dipamerkan di situ, yeesszz..kecantikan ku telah memukau pasangan tersebut.aku sangat suka..
lantas tidak sampai beberapa minit, aku dibawa ke kaunter bayaran, dan bermula saat itu, aku sah menjadi milik kepada seorang gadis.."

ITULAH pemula kisah antara aku dan si pUtih. suatu ketika dahulu, putih mmg putih, mmg gebu mcm salji, tp kini puih sudah jadi warna kelabu.
dulu putih ada jantung di dadanya yang tertulis perkataan 'Love You', kini jantung tersebut telah tertanggal entah ke mana.Dulu leher putih dibaluti reben yang cantiK, berwarna merah jambu, kini reben itu sudah terbang tak tahu di mana. Dulu BULU PUTIH BANYAK, mata putih cantik, bersinar, dia mampu duduk dengan segak..kombinasi warna puih dan merah jambu sememangnya menjadikan putih paling menyerlah diantara yang lain.
Dengan saiz tubuh lebih kurang 0.8meter, dan sebesar pemeluk, putih mmg sgt senang untuk digendong atau didakap bila2 masa yang aku suka.
Itulah hadiah dariada bf aku seelum dia berangkat ke sarawak, untuk latihan kt pusat latihn polis sarawak.
putih sememngnya teman yang paling setia dengan ku. dia sedia mendengar apa sahaja luahan aku baik gembira mahupun duka. putih juga penemanku dikala tidur, dan dialah juga menjadi pengesat air mata bila aku menangis.
banyak sungguh jasa-jasa putih.

putih sentisa ikut ke mana sahaja aku berpindah. rasanya putih penah tingal di enam tempoat, terasuk rumah di tangkak, hosTEL di upm, putrajaya, rumah di equine, rumah di serdang, dan kini di sepang pula. kawan2 dan adik beradik lain selalu mempersendakan putih, tp aku selalu membela putih.

kini putih semakin tua. dia sudah berusia hampir tujuh tahu. putih dah x gebu lagi, kulitnya bertukar kelabu.jantungnya sudah hilang, rebenya juga tiada. malah putih tidak mampu duduk tegak lagi. lehernya melentok ke kiri dan ke kanan.

kesian putih. tapi aku msih sayang pada putih, walaupun telah berusami, aku masih memeluk putih ketika tidur. meskipun bila bangun tidur aku dapati putih berada di bawah kaki suamiku..hahaha...suami aku kata putih penyibuk....kesian putih..

Monday, July 13, 2009

CAKNAku di Langgar...

kesian kete cakna aku kemek
BALIK dari vacation kt Sabak Bernam, aku singgah ofis kejap, tuk amik kete, n ketuk story jp..story x siap ag...so bila sattle suma, aku pun gerak balik.. dari ofis di seksyen 15 shah alam, aku kena pusing 3 roundabout sebalum masuk ke hicom, n masuk pulake highway elite tuk balik ke sepang.. malang sekali, di roundabout terakhir, ketika sang kancilkuyang cakna itu sedang cuba memasuki bulatan, tetiba... bedentumm.... aku terhentak ke belakang sit..punggung kete ku dicium dengan kasarnya daa...aku dilanggar oleh kereka Toyota Unser, dgn momentum yg akgak kuat juga.. oleh kerana dilanggar, lantas kereta aku ter'kehadapa. n memasuki bulatan. aku x boleh berhenti dalam bulatan yg sibuk tu, nanti kena langgar pulak ngn kete lain, makanya aku teruskan perjalanan lebih krang 10 meter, n berhnti d tpi...dgn haapan org yg langgar tu akan bnti ikut bontot aku..yelah kn dia salah ciom bontot org? Malang sekali, dia caloooo..dlam terpisat2, terkejutt n blur, aku x dpt ingt la no kete org tu.. aku paling risau kandungan ku ini, bukan sang kancil itu.. hmm...mudah2an selamat semuanya..aminnn...

Sinar @ Papitusulem

rombongan 12 buah Cakna ke Sabak Bernam

bersama 3 anggota polis yg meng eskot rombongan kami

pose di kereta

T.Menteri Tenaga, air n Komunikasi, YB Noriah Kasnon

jeti kt tempat penginapan

Selama dua hari satu malam kami (Skuad Cakna Edisi Selangor/KL ) mengikuti satu program khas ' bersama penduduk kampung papitusulem,
Rombongan kami sebelas kereta cakna dari setiap daerah di selangor, berkumpul kt ofis di shah alam, di ESKOT oleh tiga buah motor polis berkonvoi ke lokasi pada waktu yang dijadualkan..wahh mmg best kena eskot, lampu MERAH pun boleh redah, dgn bangganya..huhu
Bersusah payah pihak penganjur yang merancang event khusus tuk kami, termasuk Jabatan penerangan, Ahli Parlimen, serta beberapa agensi lain termasuk penduduk kampung Parit 7, dan Sungai Leman(Papitusulem)di Sabak Bernam.
Menginap kat d'muara Haji Dorani, selesa, n sedikit sebanyak dpt relese tension dgn teman2 yg sama2 fhm tugas kami2 ni yg selalau tertekan ni..huhu.
pengalaman yg agak menarik, n enjoy..sebelah malam,lepas bbq dgn penduduk, kami sempat berkaraoke pulak
....ok la juga dpt kami berkumpul n gembira sekali sekala utk eratkan hubungan semasa kita..
ermm..tu aje...

lg satu, bos ckp, next month akan buat di Kuala Langat, n bulan berikutnya di kawasan takluk saya, iaitu di Sepang..
inysaAllah akan diusahakan...

Tuesday, July 7, 2009

KaWan2Ku

di rumah saya

karaoke session

MENYOROT kembali kenangan masa belajar kt UPM dulu,me n my 'klik' mmg agak aktif dalam menganjur pelbagai aktiviti,termasuk aktiviti santai n sosial, mahupun amal,, untuk KAMI sendiri..
Bukan x mau cmpur aktiviti kolej or campus, tapi oleh kerana terlalu sibuk dgn aktiviti kami, TERMASUK SUBJEK Cos kami yg perlukan kami x cmpur org lai, kena shooting drama la, mik2 gmbr, editing etc...kaMi xda masa tuk semua tu..setiap mggu, ada2 saja aktiviti, air terjun, genting, shoping, lepakking kt mamak, kat mana2 aje or tgk movie, karoke, dan sebagainya, dan setiap aktiviti itu akan dimuatkan juga sesi fotografi oleh gang2 yg sememangnya camera mania n kaki posing.
Tajul yg paling suka amik2 gmbr,mempraktikkan kemahiran yg dh dipelajari masa kelas fotografi.dan kami yg lain sibuk bergambar. Bila gmbr siap, dia tnya, nape gmbr dia asyik xda dlm pic..haha
Kami terus aktif even dh hbs belajr, cumanya aku agak slow joint mereka, since aku dh sibuk mulakan persiapan nk kwen..n of cos la bila khwin, aku terpaksa tggl sume bibit2 indah yg akan mereka lakukan bersama.
Kecuali rubi n yus, yg lain mmg aku xda jupe lepas khwin.last sekali masa mrk dtg weding aku..Setelah 3bulan aku berkahwin, mereka dtg melawat aku di rumah!Sonoknye, lama x jmpe org2 yg mmg happening n gile2 tu. Sedikit persiapan aku buat dgn bantuan suami, memasak la, apa yg mampu.
Menunya 3 in 1..Soto, mee sup, n mihun sup..sumenya guna kuah sup yg sama..dan cuci mulut dgn buah2an tempatan. Jadikla, daripada xda..
N b4 balik sempat la bergambar candid, n buat2 candid. Pastu dorg p shot gmbr kt around ptrajaya, aku xpat joint. Sambung la pulak dgn aktiviti karok,kt superstar Alamanda walaupun masing2 suare mmg blh jd ARTIS..artis la sgt..haha . n MAsa yg sama aku n hubby akan tgk wayang..cite ice age 2, n transformers..
Cte ice age mmg besh..but tranfomers bg aku indah khabar dari rupe..aku bleh tdo sepanjang wayang dimainkan..haha
Ok kwn2, (yda, ruby,yus, tajul, jiji, ikmal, hilmi (xdtg), aiman, aku gembira ada kwn2 mcm kamoo..n harap ikatan persahabatan kita x putus..smpai kte beranak pinak..dtg rumah tgk baby I soon ya..juga pd juli n mimi..tq sudi dtg..daaaaa……





Saturday, July 4, 2009

TRIMestEr PerTAmA

DOKTOR pun dh sahkan Kehamilan ku..
Aku rasa bahagia, n gembira tgk hubby yang sgt2 mengambil berat, n gembira dengan kehadiran Insan Ke3 ni..walaupun sebelum di sahkan dengan kit upt, dan dokte, aku mmg telah syak aku hamil, berdasarkan beberapa anda2 awal yang aku alami.
antaranya, lewat peod, rasa mual n loya, keletihan, n breast yang membengkak. selera makan pun bertambah. infact, hubby lagi rasa loya n mual yang lebih teruk berbanding aku. dia jugalah yg mengidam nk makan mcm2, termasuk buah binjai..=)
dokte anggarkan usia kandungan ni 5 ke 6 minggu.. masih baru dlm trimester pertama, n ibu perlu jaga diri bebaik sepanjang tiga bulan pertama..
anda boleh tgk saiz baby, dr sebesar titik dakwat, menjadi sebesar buah lemon, Klik kt bawah Nie..Uniknya ciptaan Allah swt..

haPPY..bLissFuL

SAYYAnGG!! Awak AKan Jd PAPA!! TAHNIAH!!!
heheh itulah yung aku jeritkan dengan girangnya bilamana UPT kit yang aku uji menunjukkan dua garisan merah.. Aku sgt2 happy n bersyukur ya Allah..akhirnya penantian kami berakhir.
aku harap bakal zuriatku ini sempurna akal,sempurna sifat, sihat, dan selamat..aminn
Walaupun bulan lepas dh misscariage, aku akan pastikan kandungan kali ini akan kujaga dengan baik.
Inilah zuriatku, sebagai lambang cinta kami..=)
Thank you Allah..

ManDI-ManDA



SERONOK sangat balik kampung kali ni.aku cabut tiga hari p lik kampung. Malam pertama g rumah mentua di Melaka, pastu esoknya balik tangkak.
Ofcos la bila balik kmpung sndiri akan rasa lebih best dan hidup..ye la, kita kn membesar kt situ..
Kebetulan maklong (kakak mak) datang rumah,. Mak long ni sgt pandai memasak dan sedap sekali masakan dia.
Dia masak makanan bst2. Sebut jek, nk mkn pe, terus dimasaknya. Mak aku pun cuti memasak sepanjang mak long ada kt umah. Tq mak long.
N sbg menggembirakan mak long, kami layankan dia bli buah durian, manggis, n rambutan byk2. Maklong suka sgt mkn buah2 tempatan bermusm ni.
Esoknya, kami semua g mandi-manda kt Air Terjun Gunung Ledang.
Lama gak aku x g mandi sana. Lebih kurang empat tahun kot..sampai kt gunung Ledang, aku tgk tpt ni sama cm aku last pg dulu. Kali ni x naik tggi pun, x larat, kata husband aku, org x ramai, mandi kt bawah pun ok.
Aku, hubby, mak, uda, ayu, adik n maklong pun berendam menikmati kesejukan air gunung yang terkenal dengan legenda Puteri Gunung Ledagnya..sambil makan2 buah2an.
Mmg segar sgt rasa, mandi air gunung n mkn buah.besa sungguh nikmat ciptaan Allah. Kaki yang terendam dalam air tetibe rasa geli2, rupanya sekumpulan anak ikan sedang menikmati kulit2 kering di kaki..huhu geliii tp chommell ikan2 tu. X perlu byr mahal2 tuk ikan gigit di kaki yg ada kt jj or giant..
Sebelah malam, aku g shopping baju raya pulak kt Bandar Tangkak..Really Enjoy..

//habis