Friday, December 25, 2009

oUr VaCaTiOn

Percutian Familykali ni kt Cameron Highland, selama 3hr2mlm, bermula 19-21Disember lalu.
Kami pergi konvoi 3kereta, kete papa, kete hubby n my bro in law..
besh nyer bercuti, dpt atkan hubungan kami, sambil bergembira..kami cadang nk jd kn acara jalan2 n cuti2 ni acara tahunan, tuk release tension..besh nyew...ok chek it out gmbr sepanjng percutian ni ek...tadaaaa......


Ni gambar kt Taman Rama2 n Ladang stoberi..at last dpt gak cr buah stoberi segar pd r terakhir kami kt cni.sebelum tu mmg susah benor nk dpt buah stoberi.kalau g kedai, pasar or pasar mlm, yg byk cuma gmbr stoberi kt baju, aksesori semuanya lambang stoberi, bantal stoberi jus stoberi n etc sedangkan bayang buah lgsung xda. mrk kt sana kata xda musim..aku mula latarik muka x pat mkn buah yg terkenal kt ctu..akhirnya dapt gak petik, n mkn...baru la namanya bercuti kt cameron!!

Malam pertama kami buat bbq kt apartment.mak dh wt persediaan rapi, perap ayam, ikan, udang utk kami bakar kt sini. cuaca sejuk gle, n langit cm nk ujan sesgt.sib baik x ujan n kami dpt siapkan mkn mlmtu hasil membakar.bravotuk hubbyku n adif(abg ipar)yg bertungkus lumus membakar dgn arang yg xbpe nk cukup tu..mkn mlm bbq u juga sebagai meraikan birthday hubby ku 15 Dis lalu.Happy Birthday syg!

Inilah keluarga bahagia pasangan En Wahi Md Tap n Pn Rosnani.skg jumlah keluarga kami seramai 10org termasuk dua menantu dan seorang cucu.tahun dpn bertambah lagi sorg dgn kelahiran Babyku Mac nanti...Tgguu!!cuti kali ni aku bw bersama adik ipar, nana namanya. mak metua x pat ikut cz dia seorg wanita yg gigih bekerja..huhu..i love my family...Mmmuuaahhh

3rd trimester

(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)
erm..aku skg dh minggu 30..2bulan jek lagi, aku akn bergelar IBU!!really excited!


Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.
Sekian.

Wednesday, December 9, 2009

MARATHON TGK MOVIE


MINGGU LEPAS, aku n hubby marathon tgk 2 movie kt GSC Alamanda, saje release tension dh lama x tgk movie. cte yg kami nengok, ialah The Twilight Saga: New Moon jam 10mlm, n NINJA ASSASSIN start kul 12.10 mlm..mid nite show.
lepas book ticket via M2U, kami g la nengok dgn persiapan pakai baju sejuk. aku x tau nk pilih cte pae, makanya bila tgk komen kwn2 kt fb, cte ni besh, aku pun order la tiket. malang sekali, rasa hampeh gle. oleh krn jalan cerita yg slow tanpa action yang menarik,, aku rasa cte yang 2 jam tu mcm setengah hari. nak ngis rasa bila la nk abis cte nih. bg aku cte tu mmg x besh langsung. berkisar ttg pontianak jiwang.huhu. hubby bengkek jek layan cte tu. mklumla kami mmg jarang tgk movie slow n romantic kt panggung. kami sukakan cte action n ganas...warrrghh!!huhu
hampehh..indah khabar dr rupa, walaupun heroin dia ada iras2 lisa surihani,tp jln cte nye lmbp



mujurlah keluar pagung sambung lak dgn cte Ninja Assassin. Huh cte ni mmg aku sgt puas hati. mmg superb. aku bg 4.5bintang. dgn hero dia yang 'comel' tu, bdn yg mantappp tu..sampai aku mimpi2..huhu
perghhhh..


Ninja Assassin Mantepp

MMg x rugi beli tiket filem arahan James McTeigue ini. Filem ni menampilkan bintang pop Korea, Rain sebagai hero.penuh dengan aksi mendebarkan. Percikan darah dan serpihan tubuh manusia ada di mana-mana sepanjang tayangan.
Lakonan Rain mmg besh n meyakinkan. dia mainkan wataknya sebagai seorang Ninja yang ingin membalas dendam terhadap ahli kumpulannya sendiri. setelah rain (Raizo) sedar betapa kejamnya pertubuhan Ninja itu.. walau dilatih tidak berperasaan tapi perasaan cinta mengatasi segalanya. Pembunuhan Kiriko, teman yang dicintai dalam diam, mengubah pandangan Raizo tentang kehidupan. Kerana tidak sanggup melihat pembunuhan demi pembunuhan, Raizo akhirnya berpaling tadah. Tindakan itu membuatkan dirinya menjadi buruan ninja-ninja yang lain. Klimaks filem ini ialah ketika Raizo bertarung dengan mahaguru, Lord Uzunu, lelaki yang bertanggungjawab membawa Raizo ke dunia Ninja.
‘Ninja Assassin’ mengangkat seni mempertahankan diri dari Asia ke layar perak Hollywood. Malah, ia juga merupakan permulaan baik kepada Rain untuk melangkah ke industri perfileman yang menjanjikan pulangan lumayan itu. x mustahil suatu hari nanti, Rain jd rebutan penerbit filem Hollywood. Lihat sahaja lakonannya dalam ‘Ninja Assassin’sungguh superbb.
//end


Tuesday, December 8, 2009

mENGhITuNg hAri

tggu hubby siap tuk p shopping

7bulan


dIAM x dIAM dah 7bulan usia kandungan qu. maknanya cuma ada kurang lebih 2 bulan sebelum permata hati qu lahir ke dunia fana ini. x sabar n very excited nk tggu tarikh keramat aku bergelar 'ibu'.

td g shopping barang2 baby with hubby. erm setakat ni lbh kurang 60 peratus kelengkapan baby dh siap beli. tggu awal tahun depang, ada wholesale, aku akan habiskan lagi utk beli kelengkapan baby sepenuhnya.mmg seronok membeli belah..smpai lupa diri. aku pg sogo je td, tp sudah memadai cz segalanya dh ada kt situ.hrga pun agak berpatutan. sepanjang membeli, hubby dh tetapkan theme color tuk anaknya. KUNING okkay!wrna fav dia. aku tibai gak wrna2 lain termasuk biru, peach, etc. baby kan..biar berwarna warni sikit. nanti nk p jengah tpt2 lain lak, but kali ni aku akan pergi sndr, ngn kwn2. hubby tok sah ikut. susah nk beli t.kikiki. lau g ngn kwn2, leh pilih lelama, byk2, pg mcm2 tpt..

sebetulnya aku mmg dh save peruntukan khas tuk beli brg baby, but aku n hubby buat perkiraan baru, untuk reduce sikit cos..sbb kami ada projek baik punya demi masa depan famly kami. adalah nk wt bisnes sikit2. cuma yg aku leh mention kt sini, aku skg dh ada company sndr, berdaftar dengan SSM! Ya! aku adalah pemilik syarikan dengan status milikan tunggal itu!!

huhu. moga2 bisnes ini menjadi. mungkin mmg rezeki anak, nk buka bisnes ni.

N satu perkara lagi, pada 19-21 hb ni aku ada organise satu percutian family. cuti2 malaysia. kami termasuk mak, papa, ayu, uda, adik, aku, hubby, along, adif, zara, maklong, nana, akan ke cameron highland. so kena bajet lain tuk penginapan, transport, minyak, makan2..

makanya shoping untuk bby ku akan bersambung cukup bulan (1hb1 nanti)

Tuesday, December 1, 2009

Dak Adik 'pergi' dulu

si adik terbaring kaku

hubby gali lubang tuk tanam si adik

malam semalam, elok jek dak adik melompat ke sana kemari. bukan main lincah dia lari2, mkn pun bukan main byk. dak adik mmg lebih aktif jika dibandingkan dgn abg. walaupun ukurannya begrganda lebih kecik dr abg, tp dia lbh lincah. mungkin sbb bdn dia kecik. malang sekali sehari sebelum raya haji, adalah hayat terakhir si adik. pagi tu, kira2 jam 930pg, dia terlentok kt dalam sangkar. dia yg sebelumnya lincah, tiba2 nmpak lagung x bermaya. aku jd blur. adik ipar yang kebetulan ada kt rumah ckp, adik x mo mkn. duduk tegak2 pun dh x mampu. si abg pulak mkn bukan main selera.
aku terus kejut hubby. dalam kurang 30minit, aku bw adik ke klinik. dokte ckp, maybe sbb dia mkn kobis mlm td, dia jd cm tu. sbb kobis beracun bg arnab. aku terkejuttt..
dokte bg ubat kt adik, n aku terus bw adik blk umah.
blk dr klinik, dia ok jek, but....
kurang 1 jam..
tibe2, adik dah mkin x bermaya, hubby bg mkn pun dia x mampu buka mulut.
aku dh sedih, adik tu aku yg punye. x smpai ht tgk adik cm tu..
tp aku kena terima kenyetaan, adik hnya bersama kami x sampai 1 bulan. dia mati juga akhirnya. x smpt dia nk ikut kami blk melaka..utk raya haji. tinggallah abg sorg diri, n abg skg bukan main gemok. mak mentua aku gelarkan dia sebagai 'BULAT'.
n gelaran tu kekal sampai hari ni

Dak abang & Dak Adik

budak bedua ni suka makan jerami alfalfa. bleh tahan gak harga jerami ni. selagi belum besar, dia x boleh mkn syur2 n buah2an. boleh kena radang usus.


Dak abg n dak adik..sepasang rabbit kacukan angora dan local yang aku n hubby beli kt setapak. disebabkan terlihat rupanya yang comel kt internet, kul9 mlm kami run ke setapak utk dptkan sepasang bby arnab ni..niat di hati nk jaga dia. lagipun arnab ni mudah di bela, x bising, bersih, n najisnya pun x berbau jika dibandingkan dengan kucing.

maka kami pun belikan rumah, vitamin, mkanan, dan keperluan lain utk dak abg n adik. masa ambil umurnya 1 bulan. kesian dia, baru umur 1 bulan, dia dh ada adik baru.mak dorg ni baru je hbs pantang, so tuan nye pun jual la arnab2nyekt mudah.com.

hehe sesuka hati aku gelarkan dorg dak adik n dak abg walhal x tau pun mana satu adik n abg. jantina pun x tau lagi. yg penting, seko hubby punye, seko lg, aku punye. beza antara keduanya, hubby punye eko panjang, n aku nyexda ekor. but colur dorg seakan sama.
dak abg n dak adik akan jadi peneman kami sementara menanti kelahiran puteraku x lama lagi. nanti bolehlah arnab2 ni jadi kawan bby aku..;)