Thursday, July 16, 2009

PuTiH YanG KeLABu


"dulu..aku sangat gebu..
kulitku memutih seperti salji..aku di pamer disebuah pusat membeli belah..
setelah beberapa minggu dipamerkan, tiba2 dtg la satu pasangan membelekku sambil tersenyum..pasangan itu tidak mengendahkan beberapa rakan2 ku yg turut dipamerkan di situ, yeesszz..kecantikan ku telah memukau pasangan tersebut.aku sangat suka..
lantas tidak sampai beberapa minit, aku dibawa ke kaunter bayaran, dan bermula saat itu, aku sah menjadi milik kepada seorang gadis.."

ITULAH pemula kisah antara aku dan si pUtih. suatu ketika dahulu, putih mmg putih, mmg gebu mcm salji, tp kini puih sudah jadi warna kelabu.
dulu putih ada jantung di dadanya yang tertulis perkataan 'Love You', kini jantung tersebut telah tertanggal entah ke mana.Dulu leher putih dibaluti reben yang cantiK, berwarna merah jambu, kini reben itu sudah terbang tak tahu di mana. Dulu BULU PUTIH BANYAK, mata putih cantik, bersinar, dia mampu duduk dengan segak..kombinasi warna puih dan merah jambu sememangnya menjadikan putih paling menyerlah diantara yang lain.
Dengan saiz tubuh lebih kurang 0.8meter, dan sebesar pemeluk, putih mmg sgt senang untuk digendong atau didakap bila2 masa yang aku suka.
Itulah hadiah dariada bf aku seelum dia berangkat ke sarawak, untuk latihan kt pusat latihn polis sarawak.
putih sememngnya teman yang paling setia dengan ku. dia sedia mendengar apa sahaja luahan aku baik gembira mahupun duka. putih juga penemanku dikala tidur, dan dialah juga menjadi pengesat air mata bila aku menangis.
banyak sungguh jasa-jasa putih.

putih sentisa ikut ke mana sahaja aku berpindah. rasanya putih penah tingal di enam tempoat, terasuk rumah di tangkak, hosTEL di upm, putrajaya, rumah di equine, rumah di serdang, dan kini di sepang pula. kawan2 dan adik beradik lain selalu mempersendakan putih, tp aku selalu membela putih.

kini putih semakin tua. dia sudah berusia hampir tujuh tahu. putih dah x gebu lagi, kulitnya bertukar kelabu.jantungnya sudah hilang, rebenya juga tiada. malah putih tidak mampu duduk tegak lagi. lehernya melentok ke kiri dan ke kanan.

kesian putih. tapi aku msih sayang pada putih, walaupun telah berusami, aku masih memeluk putih ketika tidur. meskipun bila bangun tidur aku dapati putih berada di bawah kaki suamiku..hahaha...suami aku kata putih penyibuk....kesian putih..

No comments:

Post a Comment