Saturday, October 24, 2009

Gerakan itu bikin aku teruja

Aku tak pasti bila kali pertama aku dapat rasakan gerakan baby dlm perut. mungkin gerakan pertama agak slow, aku confuse antara rasa lpr n gerakan itu. bagaimanapun, harini rasanya telah masuk 2mggu aku merasainya.
kini aku makin serasi dgn gerakan itu, aku akan rasa sgt2 teruja, n membayangkan keletah bayi kt dlm perut ni tgh menggeliat, atau menghentak kaki, bila apa yg dia mau x dipenuhi abahnya..so sweet..
hubby akan belai n bercakap2 ngn bbynya. dia sgt excited akan jadi abah x lama lagi.
Bgun tiap2 hariku di kejut oleh bayiku, malah aku x lg rasa berseorangan tiap kali pg keja atau di rumah, sbb aku tau, aku sentiasa bersama bayiku..
xsbr nk scan tgk jntina bby, walaupun jauh d sudut hati, dan berdasarkan gerak hati abahnya, n org2 tua lain mengatakan bayi aku kandung ni lelaki.
Aku sgt2 happy kalau dia benar2 lelaki, tp kalau perempuan pun, aku terima dgn senang hati.. Semoga dia sihat, sempurna, dan comel..Aminnn..

hormon kewanitaan

SEMUA wanita hamil mesti alami perubahan hormon yang ketara, yg mana sedikit sebanyak akan menimbulkan ketegangan jiwa, kalau diri kita x di layan or diberi perhatian sepenuhnya.
Dalam satu2 masa, boleh rasa Happy, tiba2 murung, n menangis.n then bila menangis lak, x boleh nk stop..huhu
itulah yg aku alami. bukan di buat2, tp x pasti kenapa, kita tiba2 berkelakuan demikian. sebagai suami pula, harus ada pengetahuan n kesabaran yang tinggi terhadap perubahan tingkah laku or perangai isteri anda yang boleh dikategorikan sebagai pelik.
itulah yang dinamakan nikmat mengandung. takak tiba2 boleh rasa nk makan ape2 jek, yg pelik. n mahu secepat mungkin bnda yng dihajati. xda perkataan 'NO'. msti nak juga.huhu
Mujurlah setakat ni aku belum berkeinginan yang pelik2. makanan pun biase2 jek, n mudah didapati. cuma keinginan nk merayap n ambik angin malam di pusat bandar KL jek belum hubby penuhi.
dulu, masa zaman aku anak dara, hmpir tiap2 mggu aku akan lepak KL, lepak makan d Hartamas, Damansara, Uptown, Bkit Bintang n etc..singgah mkn steam boat tp jalan kt Jln Raja laut n Jln Tar..rindu lak nk rasa angin sejk smbil tgk hiruk pikuk kota.mkn nasik lemak antarabngsa, mkn2 kt maple, lepak smpai pagi.
Tp hari2 hubby keje mlm, cm ne nk pagi..maka aku pendamkan jek hasrat itu, wlaupun cuma 45min jek kami boleh tiba KL jika bergerak dari uma.
Semalam, aku sebut 1 kata, "syg, nk g jln kt KL"...
aku tau dia dh ngntuk n dia keje pagi esok. tp entah kenapa bila dia mcm liat jek nk bwk, aku tiba2 berderai air mata, hubby jd hilang punca...
at last dipujuk aku p lepak2, masatu dh pukul 3 pagi.aku yg kesiankan dia, akhirnya buat keputusan tuk lepak kt cyberjaya, pekena nasi lemak kt Oldtown white Coffe..jadik la..dpt gak kuar mlm..Isnin ni dia jni nk bwk jln2 KL..Tq yg.. :)

Monday, September 28, 2009

bULAN kE 4 & sEterUSNya..

Kini kandungan aku dh masuk minggu ke 22.telah masuk trimester kedua..

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aku n hubby sgt2 teruja menanti saat2 zuriat kami lahir ke dunia. cuma ada 4 purnama saje lagi. hari2 hubby aku usap perut n bercakap2 dgn anaknya. ok kite chek it out perkembangan baby di trimester kedua ni, utk maklumat tambahan. dipetik dari mengandung.com



Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


Hari Raya kami

RAYA tahun ni mmg syiokkk!!

huhu almaklumla kali pertama berstatus isteri..aku perlu uruskan diri as wife n urus diri sendiri.
Raya hari ahad, maka Khamis malam aku n hubby dh pun gerak blik ke melaka. kami di jadual berada di melaka smpai raya pertama (tengah hari) dan seterusnya, beraya la pulak kami di tangkak,..kampung ku..:)
kami di tangkak, sampai hari jumaat. seminggu cuti raya.puas gak duk kt kampung. raya tmbh meriah dgn kehadiran anak buah yg sorg tu..zara marissa...


Thursday, September 17, 2009

handbeg..

bila dpt wit RM1000, segera aku wt keputusan nk p bli handbeg yg aku dh lama nk beli.saja nk tmbh koleksi cz dh lama x bli hnbeg..cuma ada 1 jek hnbeg faveret, makanya aku nk tmbh koleksi..
tanpa fikir panjang n memlilih lama, aku beli la hanbeg guess koleksi terbaru..kt alamnda semalam..
RM529..oleh karana dpt rezeki terpijak, aku bli jek la.lau nk tggu org len beli kan..kim salam..nk kumpul wit sendiri pun, x tergamak, c aku la ni sibuk mnyimpan tuk baby..
beraya ngn henbeg baru la nmpaknye.. ;)

Main Go kart

aku teruja bila hubby ajak adik2 main go kart kt litar go kart maeps. oleh kerana x pernah main b4 ni, aku pun nk main. aku jnji x bwk laju2 n x berlumba..bwk slow jek..pusing litar tu
Tapi bila dh duk dlm kete t, harus la aku tekan minyak. kalah uda n ayu..
waqlaupun dlm hati ni sebetulnya agak bimbang ngn baby dlm perut, aku gagahkan gak..aku tau bby aku kuat..huhu
bila publish gmbr kt FB, kwn2 ramai betul yg membebel marah ngn keberanian aku ambil risiko..aku nyesal..tp alhamdulilah setekat ni sumanya okkay..leoas ni aku akan jaga diri n amik berat kndungan aku ni.. syg bby..mmmuaahhh,...

shoping..shoping..n shoping...

wah...raya dh x lama lagi..rasanya tuk raya tahun ni aku ada 4 siri shopping..wahh mmg best dan duit yg habis tuk misi2 itu juga dh mancapai ribu2an..huhu
xpe yg penting hatiku puas..walaupun dlm keadaan ngndong n puase., aku gigih merayap sampai ke sogo n jalan tar..dari pagi bwk ke mlm..masih x hbs membeli. x tau la ape yg di beli, bila smpai uma, kira harta, xda la byk sgt brg sendiri..sibuk belikan org jek.huhu

n mggu depannya, mak pula dtg ngn adik2 lain. kami shoping again di jalan tar.. wahhh ramai gle org.. brg2 di beli? biasa la baju, tudung, aksesori...

tu jek..
kuih raya? x payah beli...alhamdulillah tahun ni murah rezaki aku. ramai org bagi kuih raya. berjenis2. kalau nk sebnaraikan pun, penat tangan nk taip..anyway aku bersyukur n terima kasih pada semua yang sudi bg kuih raya beserta kerepek yuk aku..wartawan kesyangan masyarkat.
Duit raya pun lebat gak taun ni..huhu tq to datuk menteri, datuk adun, n datuk ahli parlimen yg sudi bg sy wit raya.. SUker@!!!