Wednesday, December 9, 2009

MARATHON TGK MOVIE


MINGGU LEPAS, aku n hubby marathon tgk 2 movie kt GSC Alamanda, saje release tension dh lama x tgk movie. cte yg kami nengok, ialah The Twilight Saga: New Moon jam 10mlm, n NINJA ASSASSIN start kul 12.10 mlm..mid nite show.
lepas book ticket via M2U, kami g la nengok dgn persiapan pakai baju sejuk. aku x tau nk pilih cte pae, makanya bila tgk komen kwn2 kt fb, cte ni besh, aku pun order la tiket. malang sekali, rasa hampeh gle. oleh krn jalan cerita yg slow tanpa action yang menarik,, aku rasa cte yang 2 jam tu mcm setengah hari. nak ngis rasa bila la nk abis cte nih. bg aku cte tu mmg x besh langsung. berkisar ttg pontianak jiwang.huhu. hubby bengkek jek layan cte tu. mklumla kami mmg jarang tgk movie slow n romantic kt panggung. kami sukakan cte action n ganas...warrrghh!!huhu
hampehh..indah khabar dr rupa, walaupun heroin dia ada iras2 lisa surihani,tp jln cte nye lmbp



mujurlah keluar pagung sambung lak dgn cte Ninja Assassin. Huh cte ni mmg aku sgt puas hati. mmg superb. aku bg 4.5bintang. dgn hero dia yang 'comel' tu, bdn yg mantappp tu..sampai aku mimpi2..huhu
perghhhh..


Ninja Assassin Mantepp

MMg x rugi beli tiket filem arahan James McTeigue ini. Filem ni menampilkan bintang pop Korea, Rain sebagai hero.penuh dengan aksi mendebarkan. Percikan darah dan serpihan tubuh manusia ada di mana-mana sepanjang tayangan.
Lakonan Rain mmg besh n meyakinkan. dia mainkan wataknya sebagai seorang Ninja yang ingin membalas dendam terhadap ahli kumpulannya sendiri. setelah rain (Raizo) sedar betapa kejamnya pertubuhan Ninja itu.. walau dilatih tidak berperasaan tapi perasaan cinta mengatasi segalanya. Pembunuhan Kiriko, teman yang dicintai dalam diam, mengubah pandangan Raizo tentang kehidupan. Kerana tidak sanggup melihat pembunuhan demi pembunuhan, Raizo akhirnya berpaling tadah. Tindakan itu membuatkan dirinya menjadi buruan ninja-ninja yang lain. Klimaks filem ini ialah ketika Raizo bertarung dengan mahaguru, Lord Uzunu, lelaki yang bertanggungjawab membawa Raizo ke dunia Ninja.
‘Ninja Assassin’ mengangkat seni mempertahankan diri dari Asia ke layar perak Hollywood. Malah, ia juga merupakan permulaan baik kepada Rain untuk melangkah ke industri perfileman yang menjanjikan pulangan lumayan itu. x mustahil suatu hari nanti, Rain jd rebutan penerbit filem Hollywood. Lihat sahaja lakonannya dalam ‘Ninja Assassin’sungguh superbb.
//end


2 comments:

  1. haha perlu ke tgk badan orang lain..tgk badan laki ko sudeh..hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe cuci mata tgk rain..laki aku nye bdn tetap paling mantepp..huhu

    ReplyDelete